Saringan 1, 4 dan 7 LINUS 2013

2013-03-22-011[1]  2013-03-22-012[1] 2013-03-22-014[1]

1. Salam Satu Malaysia. Satu daripada National Key Result Areal (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.

2. Murid tahun satu yang akan mengikuti Saringan 1 LINUS pada tahun ini akan diletakkan sebagai KOHORT 4, selepas kohort 1, 2 dan 3 telah melalui Saringan 1 hingga 9 sepanjang tiga tahun lepas. Untuk analisa sepanjang 3 tahun lepas, bolehlah rujuk pada data yang disediakan di tepi blog ini. Untuk makluman semua juga, saringan bagi murid tahun 2 dan 3 juga dijalankan bagi semua murid, tidak kira yang sudah menguasai konstruk itu atau tidak dalam Ujian Saringan sebelum ini. Cuma penekanan akan diberikan kepada murid yang masih belum mengusai mana-mana konstruk dalam saringan sebelum ini, misalnya bagi tahun 2 pada Saringan 3 manakala tahun 3 pada Saringan 6.

3. Pada tahun ini, murid tahap 1 akan mengikuti hanya dua saringan sahaja, iaitu Saringan 1 dan Saringan 2 sahaja, yang akan diadakan pada bulan April dan September. Murid-murid yang tidak melepasi 12 konstruk yang ada, akan mengikuti program Pemulihan LINUS dan Pemulihan LINUS 1-2 samada di kelas pemulihan ataupun di kelas masing-masing bersama guru Bahasa Melayu dan Matematik.

4. Semua soalan dalam instrumen ini disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia bertujuan menjamin kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti saringan yang dijalankan.

5. Ingatan untuk para guru yang melaksanakan saringan ini, instrumen ini hendaklah ditadbir secara berterusan semasa waktu Bahasa Melayu, samada secara individu ataupun berkumpulan tidak lebih daripada tiga orang. Ia hendaklah dilaksanakan mengikut urutan konstruk. Setelah semua konstruk ditaksir, guru-guru boleh mengulang mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid, seberapa banyak kali yang dikehendaki. Murid boleh memberi respons secara mengeja atau membaca terus, semuanya diterima. Seeloknya, murid berada di sebelah guru semasa pentaksiran ini dijalankan dan semua maklumat hendaklah dicatat ke dalam Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) yang disediakan.

6. Semoga semua guru yang terlibat dalam melaksanakan Saringan 1, 4 dan 7 ini dengan jayanya dan dapat membantu murid-murid yang masih lemah dalam aspek 3M sekurang-kurangnya dapat membaca dan menulis sebelum melangkah ke tahap 2. Insyaallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s