Meningkatkan Kemahiran Genggaman Pensel Murid Bermasalah Pembelajaran

Kecekapan menulis semasa belajar adalah penting kepada setiap murid kerana kegagalannya boleh membawa kesan negatif kepada keyakinan diri dan pencapaian akademik. Kecekapan menulis merupakan satu halangan kepada pencapaian akademik di sekolah khususnya dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP). Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (KKBP) di Malaysia dalam PPKIBP adalah Sindrom Down, Autisme Ringan, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Terencat Akal Minimum, dan Bermasalah Pembelajaran Spesifik (contoh: Disleksia).

Kemahiran menulis didapati kurang dititikberatkan dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran kerana melalui pemerhatian yang dijalankan didapati guru-guru jarang mengajar murid cara untuk memegang alat tulis dengan betul semasa menulis. Maka, mekanis kemahiran menulis tidak diberi penekanan secara formal di sekolah sehingga tulisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak semakin tidak cantik dan sukar dibaca (Yusop & Walter Alvin 2010).

Dengan merujuk kepada hasil kajian Rosenblum (2006) menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara penulis mahir dan penulis tidak mahir dalam semua faktor ergonomik termasuk genggaman pensel. Maka, jenis-jenis genggaman pensel diadaptasikan berdasarkan Intrumen Penilaian Perkembangan Genggaman Pensel Schneck dan Henderson (1990).

jenis gemgaman

Penerangan jenis-jenis genggaman seperti rajah di atas adalah (a) genggaman jejari silang tapak tangan; (b) genggaman supinate tapak tangan; (c) genggaman pronate digital, hanya jari dilanjutkan; (d) genggaman berus; (e) genggaman dengan lanjutan jari; (f) genggaman ibu jari silang; (g) genggaman tripod statik; (h) genggaman empat jari; (i) genggaman tripod lateral; (j) genggaman tripod dinamik.

Jenis-Jenis Genggaman Pensel Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran

Gambar A: Jenis-jenis genggaman pensel yang digunakan oleh responden : [1] genggaman jejari silang tapak tangan (Schneck dan Henderson, 1990), [2] genggaman supinate tapak tangan (Schneck dan Henderson, 1990), [3] genggaman dengan lanjutan jari (Schneck dan Henderson, 1990), [4] genggaman ibu jari silang (Schneck dan Henderson, 1990), [5] genggaman tripod statik (Schneck dan Henderson, 1990), [6] genggaman empat jari (Schneck dan Henderson, 1990), [7] genggaman tripod lateral (Schneck dan Henderson, 1990), [8] genggaman tripod dinamik (Schneck dan Henderson, 1990), [9] genggaman thumb tuck (Burt dan Benbow, 2008), [10] genggaman thumb wrap (Burt dan Benbow, 2008), [11] genggaman broken type (Selin, 2003), [12] genggaman lain-lain).

jenis gemgaman 2

jenis gemgaman 3

jenis gemgaman 4

CADANGAN MENGATASI

Wedell, Steven dan Waller (2002) menyatakan sebahagian besar kanak-kanak tahun satu mengaplikasikan kaedah menggenggam pensel yang pelbagai. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian lepas menunjukkan bahawa jenis genggaman tripod dinamik adalah dianggap ideal oleh kebanyakan pendidik dan ahli terapis (Rosenbloom & Horton 1971; Schneck & Henderson 1990; Selin 2003).
Genggaman pensel adalah salah satu faktor ergonomik biomekanikal (Parush, Levanon-Erez & Weintraub 1998; Rosenblum et al. 2006). Pendekatan biomekanikal adalah sebagai pendekatan tambahan dalam pemilihan pendekatan intervensi (Nelson, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 75 Malay Language Education Journal (MyLEJ) Copley, Flanigan & Underwood 2009).

Namun, pemahaman yang baik dalam faktor ergonomik membolehkan perancangan program intervensi yang lebih efisien (Kavak & Bumin 2009) seperti memupuk genggaman yang stabil (Nelson, Copley, Flanigan & Underwood 2009). Apabila seseorang menggenggam pensel secara tidak matang menunjukkan keperluan yang lebih untuk menstabilkan pensel dengan menekan pensel dengan kuat maka ini akan menyebabkan keletihan yang berlebihan pada otot tangan (Dennis & Swinth 2001).

Penggunaan alat bantuan teknologi sebagai strategi intervensi kerana genggaman yang tidak berfungsi boleh dibangunkan dengan penggunaan alat adaptif seperti pemegang getah spesifik atau pensel segi tiga (McMurry, Drysdale & Jordan 2009). Alat-alat bantuan dalam pasaran seperti plastik genggaman menulis bertujuan membangunkan genggaman tripod semasa menulis (Watkins & Noble 2011).

Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa penggunaan alat adaptif (alat bantuan teknologi rendah) boleh meningkatkan keupayaan menggenggam pensel melalui intervensi pendekatan biomekanikal walaupun dalam zaman era komputer kerana “Students may now work more and more with computers but this technology is yet to replace pens and pencils in Australian schools…still taught to write using a pen or pencil…” (Watkins & Noble 2011:505).

Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi input kepada pendidik untuk lebih berfokus kepada cara menggenggam pensel semasa menulis dan ahli terapi cara kerja untuk merancang program intervensi yang lebih berkesan serta memberi maklum balas kepada perancang kurikulum pendidikan tentang penggubalan kurikulum yang lebih berkesan untuk KKBP. Seterusnya, pendidik boleh merancang proses P&P seharian yang lebih berfokus kepada cara memegang alat tulis semasa pengajaran pra tulisan.

– dipetik dari Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, GENGGAMAN PENSEL KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS (Pencil Grip Among Children With Learning Disabilities To Increased Writing Skill), Lim Chen Yin, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mohd Mokhtar Tahar –

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s