Mesyuarat Agung KKGS 2013

29012013203 29012013204 29012013205 29012013206

1. Salam Satu Malaysia. Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan Guru dan Staf (KKGS) SK Bandar Baru Selayang 2 telah selamat dijalankan pada hari ini di Makmal Komputer Sekolah.

2. Sebelum mesyuarat, para guru dan staf SKBBS 2 telah terlebih dahulu dijamukan dengan makan tengahari bersama-sama di kantin sekolah. Mesyuarat yang berlangsung pada pukul 2.00 tengahari ini, telah dimulakan terlebih dahulu dengan taklimat oleh Tuan Guru Besar berkaitan dengan SPLG, EMIS dan beberapa perkara lain untuk tindakan semua guru.

3. Selepas taklimat oleh Guru Besar, Pengerusi KKGS menyampaikan sedikit ucapan ringkas disusuli oleh pembentangan oleh Setiausaha dan Bendahari KKGS. Dalam mesyuarat tersebut, para ahli yang terdiri daripada guru dan juga staf SKBBS 2, telah sepakat untuk melantik semula Pengerusi KKGS tahun lepas, iaitu Ustaz Luqman untuk mengemudi sekali lagi KKGS pada tahun ini, sambil dibantu oleh Ustaz Mohd Zakri selaku Timbalan Pengerusi, Setiausaha Pn. Zaidatul dan Bendahari Pn. Rozia Hariani.

4. Tahniah kepada semua AJK KKGS yang baru dilantik pada tahun 2013 ini. Syukur alhamdulillah tiada sebarang masalah yang berlaku dan mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar. Mesyuarat berakhir pada pukul 3.30 tengahari. Terima kasih kepada semua guru dan staf yang berkerjasama dalam menjayakan mesyuarat agung ini. Terima kasih juga kepada semua AJK KKGS sesi 2012 yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang pada tahun lepas. Budi baik dan jasa tuan puan, hanya Allah yang dapat membalasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s