Majlis Sambutan Maulidul Rasul 1434 Hijrah Peringkat SKBBS2

1. Salam Maulidul Rasul. Malu rasanya, menyatakan cinta, kepada dia kekasih Allah, kerana dirinya insan mulia, sedangkan diriku, insan biasa..(lirik nasyik Dia Kekasih Allah, kumpulan Hijaz)

2. Pada hari ini telah berlangsungnya Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah bagi tahun 1434 Hijrah. Majlis sambutan ini dimulakan dengan bacaan selawat oleh murid-murid yang dibimbing oleh Ustaz Mohd Zakri, disusuli pula dengan ceramah Maulidul Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ehwan.

3. Antara perkara yang disentuh oleh penceramah ialah berkaitan dengan keluarga nabi, sejarah kelahiran nabi dan sunnah-sunnah nabi yang mesti diamalkan oleh murid-murid dalam kehidupan seharian. Selesai ceramah disampaikan, murid-murid dihiburkan pula dengan nyanyian nasyid Junjungan Mulia yang disampaikan oleh murid-murid tahun 3.

4. Murid-murid kemudiannya berarak di luar kawasan sekolah sambil berselawat, dengan diiringi oleh para guru SKBBS2. Syukur Alhamdulillah kerana semua aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid-murid yang terlibat, terutamanya kepada Panitia Pendidikan Islam. Jasa baik kalian, hanya Allah yang dapat membalasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s