Majlis Bantuan Awal Persekolahan RM100 SKBBS 2

22012013180 22012013182 22012013184 22012013185 22012013187 22012013189 22012013190 22012013191

1. Salam Satu Malaysia. Hari ini telah berlangsungnya Majlis Bantuan Awal Persekolahan RM100 kepada murid-murid SK Bandar Baru Selayang 2. Majlis yang bermula seawal pukul 9.00 pagi itu, dimulakan dengan pendaftaran oleh para ibu bapa penjaga di kelas anak masing-masing. Semasa sesi pendaftaran, para ibu bapa telah diberikan kupon untuk ditunjukkan semasa mengambil wang nanti.

2. Kita berasa bertuah dan berterima kasih kerana Dato’ Sri Subahan Kamal, ADUN N15 Taman Templer, merangkap Wakil Menteri Pelajaran Malaysia, yang telah sudi hadir menyempurnakan majlis penyampaian tersebut. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah, yang telah sudi menjemput beliau dalam majlis tersebut. Di samping itu juga, beliau juga telah sudi menyampaikan sumbangan hadiah untuk murid-murid cemerlang UPSR 2012.

3. Syukur alhamdulillah, Majlis Penyampaian Hadiah RM100 ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan ibu bapa penjaga yang telah memberikan sepenuh kerjasama untuk menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada YB Dato Sri Subahan Kamal yang telah sudi hadir ke sekolah ini. Kepada ibu bapa penjaga yang telah menerima wang RM100 ini, manfaatkanlah untuk keperluan sekolah anak-anak pada tahun ini. Mudah-mudahan bantuan tersebut, dapatlah sedikit-sebanyak mengurangkan beban para ibu bapa sekalian dalam melengkapkan keperluan persekolahan anak-anak.

4. Kepada para ibu bapa penjaga yang tidak sempat mengambil duit tersebut pada hari ini, mereka boleh mengambilnya di pejabat sekolah pada esok hari, atau pada bila-bila masa mulai dari pukul 8.00 pagi hingga 3.00 petang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s