Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2013

P1070604 P1070605 P1070607 P1070610 P1070615 P1070618 P1070619 P1070620 P1070631 P1070632 P1070639

1. Salam Satu Malaysia. Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2013 telah selamat dijalankan pada hari ini. Kejohanan yang berlangsung pada 8.30 pagi, telah dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan dan juga senamrobik oleh guru-guru.

2. Kejohanan ini telah disertai oleh semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6 yang mewakili rumah sukan masing-masing. Pada awalnya, murid-murid tahun 3 perempuan dilepaskan terlebih dahulu oleh Tuan Guru Besar, disusuli pelepasan secara berperingkat murid lelaki.

3. Kejohanan pada kali ini juga mencatat sejarah, apabila Pegawai Penguatkuasa MPS telah sudi menjaga keselamatan lalu lintas di sepanjang laluan murid-murid dari sekolah hinggalah ke kawasan taman perumahan Bandar Baru Selayang. Para pemenang telah menerima hadiah pada akhir majlis penyampaian hadiah. Pemenang keseluruhan bagi acara merentas desa ini, dimenangi oleh Adik Nor Ain Sofea (tahun 4) dan Adik Hozinh Rao (tahun 5). Manakala pemenang keseluruhan bagi rumah suka pula dimenangi oleh rumah merah.

4. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan rumah sukan. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan kejohanan pada kali ini. Sekalung penghargaan kepada pihak MPS, yang telah sudi menjaga keselamatan lalu lintas kepada murid-murid SKBBS 2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s