Pendekatan Mengajar Bahasa Melayu Pemulihan

1. Salam Satu Malaysia. Kita sering terkeliru dengan istilah pendekatan, teknik, strategi, dan kaedah dalam p&p. Tambahan lagi, apabila mengajar di sekolah, kita jarang menekankan persoalan tersebut. Dulu semasa belajar di maktab, memang selalu ditekankan perkara ini, kalau nak markah lebih semasa praktikal ataupun peperiksaan.

2. Sekadar untuk ‘refreshing’ kita semua berkaitan perkara tersebut, bolehlah rujuk tulisan di sini. Kesimpulannya, yang paling atas adalah strategi pengajaran, yang terangkum di dalamnya pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. Mungkin sesiapa yang bercadang untuk mengambil master selepas ini, pasti akan mendalami lagi tentang perkara ini. Cuma bagi kita yang hendak mengajar di sekolah, cukup rasanya pemahaman yang ringkas, seperti dalam tulisan di atas.

3. KBSR mencadangkan empat pendekatan mengajar Bahasa Melayu, yang terangkum di dalamnya kaedah abjad, kaedah bunyi kata (gabungan), kaedah fonik (bunyi) dan kaedah gabungan. Namun, dalam Program Pemulihan di sekolah, pendekatan yang difikirkan sesuai digunakan adalah kaedah yang menitikberatkan “cerakinan” dan “binaan”. Tatacara pendekatan ini dapat digambarkan seperti rajah berikut :

CCF070113_00003

CCF070113_00004

4. Antara ciri-ciri pendekatan ini ialah seperti berikut :

  • Bahan-bahan yang dibaca haruslah difahami dan sebutannya dibetulkan melalui aktiviti lisan
  • Bahan-bahan bacaan dipertingkatkan mengikut dari yang senang kepada yang susah
  • Pemilihan perkataan adalah berdasarkan kepada benda-benda di sekeliling murid
  • Aktiviti pengukuhan yang merupakan bahan bacaan mirip kepada bahan yang telah dipelajari perlu disediakan

5. Bahan bacaan pula mestilah mengikut prinsip dari yang senang kepada yang susah :

  • Dua suku kata terbuka bermula dengan vokal – contoh : abu, ibu, api, aki, aci, alu ….
  • Dua suku kata terbuka – contoh : baju, batu, bapa, bayi
  • Tiga suku kata terbuka – contoh : kerusi, kepala, kelapa, kereta, kamera ….
  • Suku kata tertutup – contoh : bas, vas, van, tas, gas
  • Dua suku kata 1. Terbuka dan tertutup (KVKVK) – contoh : kapur, kapak, kapal, katak … 2. Tertutup dan terbuka (KVKKV) – contoh : jambu, lampu, sumbu, pintu ….
  • Dua suku kata tertutup – contoh : sampan, sampah, rumput, rambut ….
  • Dua suku kata – terbuka dan tertutup melibatkan ‘ng’ (kvkvkk) – contoh : pisang, sarang, kerang
  • Dua suku kata – tertutup dan tertutup melibatkan ‘ng’ (kvkkvkk) – contoh : kandang, sandang, sandang

 6. Sekian sahaja dahulu, perbincangan tentang pendekatan dalam pengajaran Bahasa Melayu Pemulihan. Insyaallah kita akan bersambung dengan perbincangan tentang kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang ada dalam pendekatan di atas, pada masa akan datang. Mudah-mudahan dapat memberi sedikit ilmu kepada semua guru pemulihan sekalian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s