Majlis Silaturrahim Ibu Bapa Penjaga Tahun 6

P1070485 P1070486 P1070487 P1070488 P1070490 P1070491 P1070492

1. Salam Satu Malaysia. Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Silaturrahim Ibu Bapa Penjaga murid-murid tahun 6, bersama-sama dengan pihak sekolah, khususnya dengan guru-guru tahun 6.

2. Sememangnya program murid tahun 6 ini menjadi agenda utama dalam program kecemerlangan sekolah SKBBS 2. Sebab itulah, seawal-awal minggu persekolahan lagi program tahun 6 ini telah dimulakan, iaitu dengan perjumpaan bersama ibubapa dan guru-guru tahun 6.

3. Di samping taklimat kecemerlangan UPSR bagi setiap matapelajaran, para ibu bapa juga didedahkan dengan Program Skor A, yang telah disampaikan oleh wakilnya, Pn. Ayu Sofia. Bagi ibu bapa yang berkemampuan dari segi kewangan dan mempunyai kemudahan internet di rumah, bolehlah mendapatkan program ini sebagai pelengkap pembelajaran anak-anak mereka di rumah. Selain itu, Guru Besar juga telah mengambil 10 unit pakej Skor A ini, sebagai program tambahan untuk murid-murid SKBBS2, khususnya murid tahun 6 yang mempunyai masalah dalam pelajaran mereka.

4. Pada akhir majlis tersebut, semua murid tahun 6 telah naik ke pentas untuk majlis lafaz ikrar kecemerlangan UPSR. Mudah-mudahan segala lafaz yang diucapkan oleh murid-murid sekalian, akan dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian, tidak kira semasa berada di sekolah mahupun di rumah, dengan semangat untuk mencapai kejayaan pada UPSR 2013 ini. Tidak mustahil, berkat usaha dan doa yang berterusan, SKBBS 2 akan terus cemerlang pada tahun ini. Insyallah.

5. Majlis bersurai pada pukul 12 tengahari. Terima kasih dan syabas kepada semua guru yang telah terlibat menjayakan program pada pagi ini. Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk anak-anak mereka pada hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s