Solat Hajat dan Bacaan Yassin Bulanan

P1000164

P1000167

1. Salam Satu Malaysia. Syukur alhamdulillah kerana pada pagi Jumaat yang mulia ini, murid-murid bersama-sama dengan guru-guru SKBBS 2 dapat menunaikan solat hajat, disusuli dengan bacaan surah Yassin.

2. Program ini yang memang diadakan setiap tahun, terutama pada sesi awal persekolahan bagi mempersiapkan murid-murid dan guru-guru dalam menghadapi cabaran sepanjang tahun 2013 ini. Selain itu, ia juga dapat melahirkan murid-murid yang kuat rohaninya, bagi melahirkan insan yang seimbang dunia dan di akhirat.

3. Bagi murid-murid tahun 1, sememangnya ini pengalaman yang baru buat mereka. Ada yang tidak membawa sejadah, ada yang tidak membawa Yassin, tetapi semuanya masih mampu mengikuti program ini dengan jayanya. Bagi murid-murid yang senior pula, mereka sama-sama membantu murid-murid yang baru ini, dengan berkongsi sejadah.

4. Walaupun agak kelam-kabut pada awal-awalnya, syukur alhamdulillah semua murid dapat mengikuti program ini dengan penuh disiplin, sambil dikawal oleh semua guru di sekolah ini. Solat hajat pada pagi ini diimamkan oleh Ustaz Mohd Zakri, manakala bacaan Yassin diketuai oleh Ustaz Mohd Ehwan.

5. Mudah-mudahan segala doa yang dibacakan oleh al-fadhil ustaz-ustaz semua, diperkenankan oleh Allah taala. Pesanan Ustaz Ehwan, kalau nak berdoa, kenalah berdoa sepanjang tahun, bukan masa program sahaja. Jadi, semua murid SKBBS2, diharapkan mengambil iktibar dari tazkirah yang telah disampaikan oleh ustaz tadi.

6. Majlis bersurai pada pukul 8.40 pagi, dan semua murid masuk ke kelas untuk sesi p&p seperti biasa. Terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam yang telah menjayakan majlis ini. Tahniah juga kepada semua guru sama-sama membantu menjayakan program pada pagi ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s