Ujian Saringan Bahasa Melayu IPP2M Tahun 2 Bermula

P1070479

P1070467

1. Salam Satu Malaysia. Pada hari ini bermulalah Ujian Saringan Pemulihan BM IPP2M bagi tahun 2. Seramai 13 orang murid terdiri dari bekas murid LINUS dan yang masih mengikuti Program LINUS telah mengambil ujian ini, yang bertempat di Kelas Pemulihan.

2. Guru Pemulihan telah menggunakan Instrumen Penentu Kemahiran Membaca dan Menulis (IPP2M) pemurnian oleh JPN Selangor. Insyaallah ujian saringan murid pemulihan ini akan berjalan selama 2 minggu, iaitu sehingga minggu hadapan, bagi mengenal pasti murid-murid yang layak untuk mengikuti program pemulihan khas pada tahun 2013 ini.

3. Sememangnya ujian saringan ini akan memakan sedikit masa, bagi memberikan peluang kepada murid-murid untuk menjawab soalan saringan dengan tenang dan betul. Ini kerana, ada di kalangan murid-murid ini yang belum sepenuhnya bersedia untuk mengikuti pembelajaran selepas bercuti lama pada tahun lepas. Maka, sudah tentu banyak pelajaran yang lepas yang sudah hilang di kepala.

4. Pada tahun ini, terdapat seorang murid India yang baru mendaftar ke SKBBS 2 ke tahun 2. Beliau telah terlewat mendaftar ke tahun 1, sepatutnya mengikuti persekolahan tahun 1 pada tahun lepas, akhirnya melompat terus ke tahun 2. Jadi banyak pelajaran tahun 1, terutamanya Bahasa Melayu yang menjadi kemahiran asas yang perlu dikuasai untuk memahami subjek lain. Untuk itu, satu program khas akan dirancang untuk beliau, dan murid-murid lain yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran membaca Bahasa Melayu. Semoga adik Harvind, akan dapat mempelajari kemahiran membaca ini secepat mungkin, insyaallah.

5. Ujian Saringan Mengira (matematik) pula akan menyusul selepas tamat Ujian Saringan Membaca ini. Selalunya banyak perkara yang akan dilakukan pada awal bulan Januari ini, sebelum murid-murid dapat memulakan p&p di dalam kelas pemulihan. Diharapkan semua perancangan pemulihan ini akan dapat dilaksanakan dengan bantuan dan sokongan semua guru SKBBS2. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s