Sesi Persekolahan 2013 Bermula

31122011063

31122011065

31122011066

31122011067

1. Salam Satu Malaysia. Hari ini bermulalah sesi persekolahan 2013 bagi sekolah-sekolah di seluruh pantai barat Semenanjung Malaysia.

2. Murid-murid bersama-sama dengan ibu bapa sudah seawal-awal pagi telah sampai di pintu pagar sekolah. Bagi murid-murid senior, sudah pasti terbiasa dengan suasana hari pertama persekolahan ini. Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka di pintu pagar sekolah sahaja, ada yang sampai ke dalam sekolah. Yang pasti, sebelum ibu bapa meninggalkan anak mereka di sekolah, anak-anak mesti mencium tangan ibu bapa mereka, mencium pipi dan memeluk ibu bapa mereka. Tidak ketinggalan juga murid-murid yang menangis untuk berpisah sementara dengan ibu bapa mereka.

3. Sudah menjadi rutin di SK Bandar Baru Selayang 2, sesi pagi akan dimulakan dengan Perhimpunan Pagi di dataran perhimpunan. Selesai bacaan doa, nyanyian lagu-lagu rasmi perhimpunan dan bacaan ikrar, murid-murid mendengar dengan tekun, ucapan dan amanah yang disampaikan oleh guru-guru sempena hari pertama persekolahan ini. Pastinya banyak nasihat dan peringatan penting yang disampaikan kepada murid-murid, buat bekalan persekolahan mereka pada sesi 2013 ini. Bagi yang lupa, jangan risau. Guru-guru akan sentiasa mengingatkan mereka dari semasa ke semasa, supaya mereka menjadi murid yang taat dan patuh pada undang-undang dan peraturan sekolah.

4. Kepada semua murid SKBBS 2, Selamat Datang dan Selamat Kembali Ke Sekolah. Jadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas, insyaallah murid-murid semua akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Mudah-mudahan hasrat dan harapan Guru Besar, untuk menjadikan pencapaian sekolah lebih cemerlang di peringkat negeri Selangor akan tercapai pada tahun ini. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s