Hari Orientasi Tahun 1 dan Pra Sekolah 2013

 P1070445

P1070446 

P1070447

P1070449

P1070450

P1070451

1. Salam Satu Malaysia. Pada 28 Disember 2012 yang lalu, telah berlangsungnya Hari Orientasi Tahun 1 dan Pra Sekolah bagi sesi 2013.

2. Dengan berpakaian uniform sekolah baru, semua murid tahun 1 kelihatan ceria dan bersemangat untuk memulakan persekolahan pada sesi akan datang ini. Mereka diminta beratur sebelum dibawa ke kelas sementara oleh guru-guru kelas masing-masing. Begitu juga dengan murid-murid Pra Sekolah, mereka telah diperkenalkan dengan kelas pra, peraturan-peraturan sekolah dan juga kedudukan tandas dan kantin sekolah. Di samping itu juga, murid tahun 1 juga terlibat dengan Saringan Membaca dan Mengira.

3. Sementara murid-murid sibuk dengan aktiviti bersama guru di dalam kelas, para ibu bapa pula mendengar taklimat dan amanat yang disampaikan oleh Guru Besar. Dalam taklimat tersebut, Guru Besar SKBBS2 telah mendedahkan perkembangan terkini dalam Sistem Pendidikan Malaysia untuk makluman awal ibu bapa. Antaranya berkaitan dengan KSSR, LINUS 1.0, LINUS 2.0 dan peraturan-peraturan sekolah untuk makluman ibu bapa penjaga.

4. Sebelum pulang, para ibu bapa telah diminta mengambil buku teks untuk anak-anak mereka. Majlis ini bersurai pada pukul 11.00 pagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s