Taklimat GB dan Guru Penolong Kanan Bagi Sesi Persekolahan 2013

26122012087

27122012090

27122012091

27122012092

1. Salam Satu Malaysia. Setelah bercuti selama lebih satu bulan, hari ini kami para guru SKBBS 2 telah kembali semula ke sekolah bagi mendengar taklimat dan amanat penting dari para pentadbir sekolah, khususnya dari Guru Besar. Begitulah rutin guru sekolah ini setiap tahun. Kami akan kembali ke sekolah lebih awal seminggu dari murid-murid, bagi membuat persiapan bagi menyambut kedatangan murid-murid yang disayangi.

2. Selesai bacaan doa yang dibacakan oleh Ustaz Ehwan, Guru Besar menyampaikan berita gembira tentang kejayaan murid-murid Tahun 6 dalam Peperiksaan UPSR pada tahun 2012 ini. Jika diikut dari segi ranking, kedudukan SKBBS 2 meningkat lebih baik dari tahun lepas, dengan kedudukan kedua dalam Gombak. Bilangan murid yang mencapai 5A adalah seramai 10 orang manakala 4A 1B adalah seramai 17 orang. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan kejayaan cemerlang ini.

3. Mesyuarat dan taklimat ini berlangsung selama dua hari meliputi bidang pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan juga kokurikulum. Guru-guru telah diberikan maklumat terkini tentang bidang pendidikan di samping perancangan untuk sesi persekolahan 2013 ini.

4. Di samping bergembira dapat bertemu rakan-rakan setugas, tidak dilupakan kepada Cikgu Noraida yang tidak dapat bersama dalam taklimat ini atas masalah kesihatan. Justeru, satu kutipan sumbangan telah diadakan dikalangan guru-guru SKBBS 2, sebagai tanda prihatin kepada Cikgu Aida. Diharapkan Cikgu Aida akan cepat sembuh dan diberikan kekuatan untuk melawan penyakit yang dihadapinya. Insyaallah.

5. Selain itu, tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Ramzah yang telah selamat menimang cahaya mata kedua beliau baru-baru ini. Nampaknya dua orang cikgu Matematik tidak dapat bersama murid-murid SKBBS 2 menjelang persekolahan nanti. Murid-murid Pra-Sekolah juga akan berjumpa dengan cikgu baru pada tahun 2013 nanti.

6. Walaupun dalam keadaan kekurangan guru pada sesi 2013 ini, diharapkan kami semua dapat menjalankan tugas dengan baik pada tahun hadapan. Doakanlah kejayaan kami menyempurnakan amanat mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna pada hari mendatang. Sebagai pembakar semangat para guru SKBBS 2, marilah sama-sama kita renungkan dan nyanyikan bait-bait Lagu Guru Malaysia di bawah ini.

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s