Sambutan Hari Guru 2013

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
    -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
    langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

LOGO HARI GURU

Putih – Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak – Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang- membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah- Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru- Menunjukkan perpaduan muhibah.

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan “HIDUP BERBAKTI”. Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

===============================================================================
TEMA HARI GURU 2013

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013
telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

===============================================================================
 LAGU TEMA HARI GURU 2013

Muat turun : Lagu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Muat turun : Lagu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara (Minus One)1

Muat turun : Lagu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara (Minus One)2

Muat turun (Lengkap) : Lagu Hari Guru 2012

Lirik Lagu

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun Beranikan Terima Seruan

Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan

Lagu : Rosman bin Adam
Lirik : Zainal Ariffin bin Yusof

Taklimat Pelaksanaan LINUS 2.0 dan Saringan 1 tahun 3 2013

2013-04-04-230[1]

2013-04-04-235[1]

1. Salam Satu Malaysia. Pada 4 April yang lalu, saya telah berpeluang untuk mengikuti satu taklimat pelaksanaan LINUS 2.0 dan Saringan 1 tahun 3 bagi tahun 2013, yang telah diadakan di Dewan Seminar PPD Gombak.

2. Tujuan taklimat tersebut dibuat adalah untuk memantapkan lagi pemahaman guru-guru yang mengajar LINUS terutamanya guru tahun 3 yang baru pertama kali terlibat dengan kelas LINUS tahun 3.

3. Walaupun ini bukan pertama kali kursus ataupun taklimat LINUS yang telah saya ikuti, namun terdapat pelbagai input yang baru yang saya peroleh dari taklimat ini terutamanya dari segi penguasaan konstruk-konstruk yang ada dalam LINUS ini. Insyaallah akan saya kongsikan di ruang yang terbatas di sini. Kalau berkesempatan, saya akan buat satu in house training buat cikgu-cikgu semua, terutama yang mengajar tahap 1.

4. Mungkin ilmu yang akan saya kongsikan di sini sudah pun dimaklumi oleh guru-guru sekalian. Kalau sudah maklum, anggaplah ia sebagai refresh buat kita semua. Namun kalau belum tahu, anggaplah ia sebagai ilmu baharu buat kita semua. Mudah-mudahan ia berguna dalam kita mendidik anak-anak murid terutama murid yang belum menguasai kemahiran-kemahiran yang ada dalam konstruk 1 hingga 12.

5. Terdapat 12 konstruk yang ada dalam kemahiran LINUS. Namun, dalam 12 konstruk tersebut, ada 3 konstruk yang menjadi ‘killer’ kepada murid-murid LINUS. Konstruk tersebut ialah konstruk 7, 8 dan konstruk 9. Untuk lebih memahami konstruk tersebut, saya pamerkan di bawah :

 

KONSTRUK 1 : Vokal dan konsonen

KONSTRUK 2 : Suku Kata Terbuka

KONSTRUK 3 : Perkataan Suku Kata Terbuka

KONSTRUK 4 : Suku Kata Tertutup (tanpa makna)

KONSTRUK 5 : Perkataan Suku Kata Tertutup

KONSTRUK 6 : Perkataan Suku Kata Tertutup ‘ng’

KONSTRUK 10 : Imbuhan Awalan dan Akhiran (ber…be..me…meng…ter…an….) pesanan : jangan cerakinkan

KONSTRUK 11 : Ayat mudah

KONSTRUK 12 : Ayat berdasarkan gambar

 

‘Killer’ Konstruk 

KONSTRUK 7 : Perkataan Diftong

  • geluncur, tidak boleh dieja asing (eja ‘tai’ dan sebut ‘tai’) (tidak boleh eja ‘ta’ ‘i’ sebut ‘tai’)
  • suku kata yang perlu diajar kepada murid (ai, au, oi), baru tambah huruf konsonen di depan ; tai, lau, poi
  • tauhu, tauge à termasuk dalam diftong, tak semestinya di belakang sahaja seperti perkataan ; pantai, pisau, pulau, kaloi

KONSTRUK 8 : Vokal Berganding

  • ada sekatan, boleh dieja asing (eja daun sebagai ‘da’ ‘un’)
  • ada hidden w dan y
  • walaupun murid eja asing pada permulaan, guru akan membetulkan cara sebutan yang sebenar

KONSTRUK 9 : Digraf dan Konsonen Bergabung

  • Digraf à ng, ny, sy, kh, gh
  • Konsonen bergabung à yang diterjemah dari bahasa asing seperti perkataan trak, traktor, ekspres, sains, straw, Khamis, khat, stor, troli, krayon dan khabar

6. Sedikit ingatan daripada para fasilinus, semua guru yang akan melaksanakan saringan LINUS nanti, diminta semua membaca terlebih dahulu manual yang diberikan. Ini kerana, ramai guru yang melakukan kesilapan dalam proses saringan tersebut, sehingga menghalang murid daripada menguasai kemahiran yang sepatutnya dikuasai oleh mereka. Untuk pengetahuan guru-guru juga, LINUS tidak menekankan aspek Sistem Bahasa seperti yang dipelajari dalam kelas arus perdana. Sebab itu, aspek tanda baca dan huruf besar tidak ditekankan di sini. Semua jawapan murid diterima asalkan ejaan mereka betul dan tepat.

7. Sekadar makluman juga, LINUS sekarang juga telah diberikan nama baru iaitu LINUS 2.0 disebabkan ada tambahan Bahasa Inggeris, yang sebelum ini hanya menekankan Bahasa Malaysia dan Matematik. Murid-murid juga dipanggil dengan gelaran yang lain, bukan murid LINUS lagi. Murid-murid hanya dipanggil dengan panggilan murid menguasai dan tidak menguasai sahaja. Bagi murid LINUS tegar pula, dipanggil dengan murid tidak menguasai konstruk 1-2. Jadi lepas ni, jangan tersasul panggil murid LINUS TEGAR atau murid LINUS tau…  :)

8. Selain itu, bagi memudahkan guru-guru menjalankan aktiviti saringan ini, guru-guru juga boleh terlebih dahulu membuat P&P bagi konstruk yang hendak diajar itu terlebih dahulu. Ini bagi memberikan peluang kepada murid yang lemah, mendapat pendedahan tentang kemahiran yang akan diuji dalam saringan itu nanti. Sedikit sebanyak boleh membantu mereka menguasai konstruk tersebut, dan mengurangkan bilangan murid yang tidak menguasai nanti.

9. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua FasiLINUS yang telah sudi berkongsi ilmu pada taklimat pada hari tersebut. Mudah-mudahan guru-guru yang telah menghadiri taklimat pada hari itu, dapat menggunakan ilmu yang diberi semasa sesi P&P mereka di sekolah masing-id setelah taklimat tersebut. Moga Allah sahajalah yang akan membalas

jasa kalian.

Saringan 1, 4 dan 7 LINUS 2013

2013-03-22-011[1]  2013-03-22-012[1] 2013-03-22-014[1]

1. Salam Satu Malaysia. Satu daripada National Key Result Areal (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.

2. Murid tahun satu yang akan mengikuti Saringan 1 LINUS pada tahun ini akan diletakkan sebagai KOHORT 4, selepas kohort 1, 2 dan 3 telah melalui Saringan 1 hingga 9 sepanjang tiga tahun lepas. Untuk analisa sepanjang 3 tahun lepas, bolehlah rujuk pada data yang disediakan di tepi blog ini. Untuk makluman semua juga, saringan bagi murid tahun 2 dan 3 juga dijalankan bagi semua murid, tidak kira yang sudah menguasai konstruk itu atau tidak dalam Ujian Saringan sebelum ini. Cuma penekanan akan diberikan kepada murid yang masih belum mengusai mana-mana konstruk dalam saringan sebelum ini, misalnya bagi tahun 2 pada Saringan 3 manakala tahun 3 pada Saringan 6.

3. Pada tahun ini, murid tahap 1 akan mengikuti hanya dua saringan sahaja, iaitu Saringan 1 dan Saringan 2 sahaja, yang akan diadakan pada bulan April dan September. Murid-murid yang tidak melepasi 12 konstruk yang ada, akan mengikuti program Pemulihan LINUS dan Pemulihan LINUS 1-2 samada di kelas pemulihan ataupun di kelas masing-masing bersama guru Bahasa Melayu dan Matematik.

4. Semua soalan dalam instrumen ini disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia bertujuan menjamin kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti saringan yang dijalankan.

5. Ingatan untuk para guru yang melaksanakan saringan ini, instrumen ini hendaklah ditadbir secara berterusan semasa waktu Bahasa Melayu, samada secara individu ataupun berkumpulan tidak lebih daripada tiga orang. Ia hendaklah dilaksanakan mengikut urutan konstruk. Setelah semua konstruk ditaksir, guru-guru boleh mengulang mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid, seberapa banyak kali yang dikehendaki. Murid boleh memberi respons secara mengeja atau membaca terus, semuanya diterima. Seeloknya, murid berada di sebelah guru semasa pentaksiran ini dijalankan dan semua maklumat hendaklah dicatat ke dalam Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) yang disediakan.

6. Semoga semua guru yang terlibat dalam melaksanakan Saringan 1, 4 dan 7 ini dengan jayanya dan dapat membantu murid-murid yang masih lemah dalam aspek 3M sekurang-kurangnya dapat membaca dan menulis sebelum melangkah ke tahap 2. Insyaallah.

Meningkatkan Kemahiran Genggaman Pensel Murid Bermasalah Pembelajaran

Kecekapan menulis semasa belajar adalah penting kepada setiap murid kerana kegagalannya boleh membawa kesan negatif kepada keyakinan diri dan pencapaian akademik. Kecekapan menulis merupakan satu halangan kepada pencapaian akademik di sekolah khususnya dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP). Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (KKBP) di Malaysia dalam PPKIBP adalah Sindrom Down, Autisme Ringan, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Terencat Akal Minimum, dan Bermasalah Pembelajaran Spesifik (contoh: Disleksia).

Kemahiran menulis didapati kurang dititikberatkan dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran kerana melalui pemerhatian yang dijalankan didapati guru-guru jarang mengajar murid cara untuk memegang alat tulis dengan betul semasa menulis. Maka, mekanis kemahiran menulis tidak diberi penekanan secara formal di sekolah sehingga tulisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak semakin tidak cantik dan sukar dibaca (Yusop & Walter Alvin 2010).

Dengan merujuk kepada hasil kajian Rosenblum (2006) menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara penulis mahir dan penulis tidak mahir dalam semua faktor ergonomik termasuk genggaman pensel. Maka, jenis-jenis genggaman pensel diadaptasikan berdasarkan Intrumen Penilaian Perkembangan Genggaman Pensel Schneck dan Henderson (1990).

jenis gemgaman

Penerangan jenis-jenis genggaman seperti rajah di atas adalah (a) genggaman jejari silang tapak tangan; (b) genggaman supinate tapak tangan; (c) genggaman pronate digital, hanya jari dilanjutkan; (d) genggaman berus; (e) genggaman dengan lanjutan jari; (f) genggaman ibu jari silang; (g) genggaman tripod statik; (h) genggaman empat jari; (i) genggaman tripod lateral; (j) genggaman tripod dinamik.

Jenis-Jenis Genggaman Pensel Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran

Gambar A: Jenis-jenis genggaman pensel yang digunakan oleh responden : [1] genggaman jejari silang tapak tangan (Schneck dan Henderson, 1990), [2] genggaman supinate tapak tangan (Schneck dan Henderson, 1990), [3] genggaman dengan lanjutan jari (Schneck dan Henderson, 1990), [4] genggaman ibu jari silang (Schneck dan Henderson, 1990), [5] genggaman tripod statik (Schneck dan Henderson, 1990), [6] genggaman empat jari (Schneck dan Henderson, 1990), [7] genggaman tripod lateral (Schneck dan Henderson, 1990), [8] genggaman tripod dinamik (Schneck dan Henderson, 1990), [9] genggaman thumb tuck (Burt dan Benbow, 2008), [10] genggaman thumb wrap (Burt dan Benbow, 2008), [11] genggaman broken type (Selin, 2003), [12] genggaman lain-lain).

jenis gemgaman 2

jenis gemgaman 3

jenis gemgaman 4

CADANGAN MENGATASI

Wedell, Steven dan Waller (2002) menyatakan sebahagian besar kanak-kanak tahun satu mengaplikasikan kaedah menggenggam pensel yang pelbagai. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian lepas menunjukkan bahawa jenis genggaman tripod dinamik adalah dianggap ideal oleh kebanyakan pendidik dan ahli terapis (Rosenbloom & Horton 1971; Schneck & Henderson 1990; Selin 2003).
Genggaman pensel adalah salah satu faktor ergonomik biomekanikal (Parush, Levanon-Erez & Weintraub 1998; Rosenblum et al. 2006). Pendekatan biomekanikal adalah sebagai pendekatan tambahan dalam pemilihan pendekatan intervensi (Nelson, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 75 Malay Language Education Journal (MyLEJ) Copley, Flanigan & Underwood 2009).

Namun, pemahaman yang baik dalam faktor ergonomik membolehkan perancangan program intervensi yang lebih efisien (Kavak & Bumin 2009) seperti memupuk genggaman yang stabil (Nelson, Copley, Flanigan & Underwood 2009). Apabila seseorang menggenggam pensel secara tidak matang menunjukkan keperluan yang lebih untuk menstabilkan pensel dengan menekan pensel dengan kuat maka ini akan menyebabkan keletihan yang berlebihan pada otot tangan (Dennis & Swinth 2001).

Penggunaan alat bantuan teknologi sebagai strategi intervensi kerana genggaman yang tidak berfungsi boleh dibangunkan dengan penggunaan alat adaptif seperti pemegang getah spesifik atau pensel segi tiga (McMurry, Drysdale & Jordan 2009). Alat-alat bantuan dalam pasaran seperti plastik genggaman menulis bertujuan membangunkan genggaman tripod semasa menulis (Watkins & Noble 2011).

Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa penggunaan alat adaptif (alat bantuan teknologi rendah) boleh meningkatkan keupayaan menggenggam pensel melalui intervensi pendekatan biomekanikal walaupun dalam zaman era komputer kerana “Students may now work more and more with computers but this technology is yet to replace pens and pencils in Australian schools…still taught to write using a pen or pencil…” (Watkins & Noble 2011:505).

Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi input kepada pendidik untuk lebih berfokus kepada cara menggenggam pensel semasa menulis dan ahli terapi cara kerja untuk merancang program intervensi yang lebih berkesan serta memberi maklum balas kepada perancang kurikulum pendidikan tentang penggubalan kurikulum yang lebih berkesan untuk KKBP. Seterusnya, pendidik boleh merancang proses P&P seharian yang lebih berfokus kepada cara memegang alat tulis semasa pengajaran pra tulisan.

– dipetik dari Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, GENGGAMAN PENSEL KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS (Pencil Grip Among Children With Learning Disabilities To Increased Writing Skill), Lim Chen Yin, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mohd Mokhtar Tahar –

 

Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar

P1070474

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik.

Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap dan dirancang. Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik dan cemerlang. Antara golongan itu adalah kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Siapakah Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran? Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar lain. Justeru, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara normal di sekolah. Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak ada kebolehan bergerak secara normal dalam kerja-kerja sekolah.

Mereka tidak dapat membuat kerja-kerja kelas yang sesuai dengan umur mereka. Jika dibandingkan dengan dengan murid lain dalam lingkungan umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam pelajaran. Mereka biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah dan prosedur pengajaran yang biasa disebabkan jangka penumpuan yang pendek, kurang kebolehan memindahkan perkara-perkara yang dipelajari. Mereka juga memerlukan lebih dorongan dan benda-benda yang nyata ketika belajar.

Kebanyakan mereka dikenal pasti mengalami masalah pembelajaran semenjak tahun pertama persekolahan. Terdapat dua petunjuk utama masalah pembelajaran. Pertama, walaupun pelajar berupaya belajar, kadar pembelajaran mereka sangat perlahan. Ini disebabkan tahap perkembangan menyerupai kanak-kanak yang lebih muda. Contohnya, tahun dua hanya permulaan belajar abjad, membilang dan menulis namanya sendiri. Kedua, kebanyakan perkembangan ditunda. Mereka gagal setanding dengan mereka yang membangun dalam intelektual dan bahasa, pencapaian akademik, kecekapan sosial dan kemahiran persediaan vokasional.

Walaupun kadar pembelajarannya perlahan, mereka boleh memperoleh pelbagai aktiviti di dalam kelas. Walau bagaimanapun, sebahagian pembelajaran mereka sukar dipelajari. Contohnya kemahiran pemahaman pembacaan adalah lebih sukar berbanding pembacaan biasa. Maksudnya, pelajar kurang berjaya menyelesaikan masalah matematik berbanding pengiraan matematik. Jelaslah pelajar ini sukar memohon kemahiran pembelajaran apabila berhadapan dengan situasi baru.

Punca Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran Pada peringkat awal sudah disebut kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran adalah mereka yang mengalami masalah neurologi terutama otak.

Otak secara umumnya terdiri daripada dua bahagian iaitu: Bahagian atas yang disebut cortex Bahagian bawah yang disebut medulla dan sekitarnya. Otak atas yang terdapat pada manusia bersifat adalah dinamis dan potensinya dapat dikembangkan seluas-luasnya. Otak bawah yang terdapat dalam spesies tinggi dan juga spesies rendah seperti kucing, monyet dan sebagainya adalah bersifat statik.

Otak bawah memiliki fungsi-fungsi dasar seperti berikut: Medula berfungsi mengendalikan pernafasan, pencernaan, detik jantung dan penelaan. Serebelum berfungsi mengkoordinasi pelbagai gerakan organ jasmani dan refleks. Talamus berfungsi sebagai penyambung maklumat yang diperoleh oleh deria melalui sub-sub bahagian otak bawah ke otak atas atau cortex. Hipotalamus berfungsi mengatur ekspresi yang berasal daripada dorongan-dorongan dasar seperti dorongan rasa lapar dan seksual.

Selanjutnya, memori terdiri daripada dua jenis iaitu: Memori semantik iaitu memori khusus yang menyimpan pengertian maklumat. Memori episodik iaitu memori khusus yang menyimpan maklumat peristiwa. Dalam memori semantik, maklumat yang diterima ditransformasikan dan diberi kod makna, lalu disimpan. Maklumat yang disimpan tidak dalam bentuk asal, tetapi dalam bentuk kod yang bermakna. Pelajar yang memiliki maklumat hasil proses semantik seperti itu dapat mempertahan dan menggunakannya dalam waktu yang lebih lama dan dalam situasi yang lebih kompleks.

Sesuai dengan namanya, memori semantik berfungsi menyimpan konsep-konsep yang signifikan dan bertalian antara satu dengan yang lain. Apabila Adam berkata, “Saya tahu bangau adalah burung dan memiliki sayap”. Dalam kenyataan deklaratif ini, bangau adalah superordinat bagi burung-burung lain seperti kenari, merak dan lain-lain. Sayap adalah ciri-ciri bagi burung-burung pada umumnya. Maklumat yang terungkap dalam burung dan sayap, selanjutnya dapat diperlakukan oleh memori Adam bagi menjelaskan erti konsep burung yang lain yang memiliki superordinat dan ciri-ciri serupa dengan bangau. Oleh yang demikian, butir-butir maklumat yang tersimpan dalam memori semantik bersifat dinamis dan dapat diolah serta diaplikasikan oleh akal Adam bagi memahami fenomena lain yang relevan dengan butir-butir maklumat itu.

Memori episodik adalah memori yang menerima dan menyimpan peristiwa-peristiwa yang terjadi ataupun dialami pelajar pada waktu dan tempat tertentu yang berfungsi sebagai referensi autobiografi. Apa yang kamu makan pagi tadi, ke mana kamu pergi semalam, dan peristiwa yang kamu alami pada hari pertama di darjah satu dan sebagainya adalah contoh-contoh maklumat yang tersimpan dalam memori episodik.

Walaupun penyebab lupa itu pelbagai, namun yang penting yang perlu diperhatikan adalah faktor pertama di atas yang merangkumi gangguan proaktif dan retroaktif kerana ia sudah dibuktikan melalui penyelidikan. Di samping itu, ciri-ciri mereka adalah seperti berikut: Lemah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira atau 3M. Keliru dengan nombor ‘13 dan 31’, menulis ‘p sebagai q’ dan tidak dapat mengingat turutan angka ataupun huruf.

Penguasaan yang lemah dalam sesuatu kemahiran kognitif jika dibandingkan dengan rakan sebaya. Sukar mengikut arahan. Lemah dalam keseluruhan pelajaran. Mempunyai darjah kecerdasan antara 70 hingga 90. Selalu gagal dalam latihan dan ujian. Memerlukan jangka masa yang lama bagi menguasai sesuatu kemahiran. Lemah dalam perkara-perkara yang abstrak. Mengulangi sesuatu aktiviti beberapa kali tanpa berhenti. Keliru dengan hari seperti ‘hari ini’ disebut sebagai ‘esok’ dan sebaliknya. Menunjukkan kesukaran dengan koordinasi motor kasar ataupun halus. Lemah dalam menerima konsep yang baru. Tidak dapat menghubungkaitkan konsep yang baru dengan yang lama. Lambat mengingat semula. Tidak dapat menganalisis. Tidak dapat menyelesaikan masalah. Lemah dalam mengutarakan idea. Mudah terganggu. Rendah diri. Gangguan emosi. Pemalu. Penakut. Tidak ada motivasi. Tidak menunjukkan reaksi apabila tiba-tiba bunyi bising kedengaran seperti tepukan tangan ataupun pintu ditutup dengan kuat ataupun mengelipkan mata ataupun membuka matanya dengan luas bagi mencari arah bunyi itu. Tidak memerhati bunyi-bunyian seperti bunyi motosikal dan sebagainya. Tidak menunjukkan respons apabila namanya dipanggil. Tidak dapat membezakan bunyi-bunyi. Tidak dapat mengingati apa yang didengar. Selalu menyebut “Saya tak peduli” ataupun “Saya tak mahu.” Tidak dapat memahami perhubungan dan konsep berdasarkan maklumat yang didengar. Tidak dapat membezakan bunyi-bunyian yang penting daripada beberapa bunyi-bunyian latar belakang. Tidak dapat melihat perbezaan dan persamaan saiz, bentuk, warna dan kedudukan. Sukar mengingati semula apa yang dilihat.

Punca Kecacatan Kecacatan pada kanak-kanak dikenal pasti berlaku disebabkan oleh perkara-perkara berikut: Baka.

Apabila dikaitkan dengan baka, ia bermula daripada hubungan seksual suami dan isteri. Umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom. Begitu juga dengan isteri menghasilkan telur dalam 23 pasangan kromosom. Ia berlaku dalam 2 jenis pewarisan. Pertama, ibu bapa mempunyai kecacatan dan diwarisi oleh anak. Kedua, ibu bapa tidak cacat tetapi anak cacat. Setiap pasangan kromosom yang wujud dalam pasangan itu menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat. Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu ‘autosomal dominant’, di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak. Contohnya jika salah seorang daripada ibu dan bapanya mempunyai baka cacat maka peluang mendapat anak bermasalah pembelajaran serta kecacatan yang lain adalah 50% pada setiap kali kandungan.

Pewarisan kedua, ‘autosomal excessive’ iaitu kedua ibu bapa pembawa cacat. Jika salah seorang saja pembawa baka cacat, maka anak yang dilahirkan tidak cacat cuma masih sebagai pembawa baka cacat. Bagaimanapun, bagi pasangan yang normal tetapi kedua-duanya pembawa baka cacat kemungkinan anak cacat tetap ada kerana kedua-dua ibu bapanya adalah pembawa baka cacat. Peratus mendapat anak cacat adalah 25%, 50% menjadi pembawa manakala 25% lagi mungkin normal. Keadaan ini berlaku setiap kali kandungan. Contohnya daripada tiga kandungan mungkin dua anaknya dilahirkan normal kerana penerimaan baka normal. Oleh itu, sebahagian ibu bapa yang normal juga mempunyai anak cacat.

Pengambilan ubat Biasanya wanita hamil mengambil ubat sama ada bagi meneruskan rawatan penyakit yang dialaminya sejak sebelum hamil ataupun meredakan sebarang gejala yang berlaku akibat kehamilan. Kesan ubat-ubatan ke atas janin tidak diketahui dengan jelas. Walau bagaimanapun, segala pendedahan kepada bahan asing dapat memberi kesan pada janin terutama pada peringkat 1 sehingga 3 bulan kandungan. Risiko kecacatan pada peringkat 4 sehingga 9 bulan adalah kurang berbanding pengambilan ubat sewaktu trimester pertama, namun ubat-ubatan masih dapat mengganggu perkembangan normal otak, jantung dan organ-organ lain. Masalah timbul apabila anak dilahirkan. Pada peringkat ini ubat yang terkandung di dalam badan bayi perlu disingkirkan daripada badan melalui proses metabolisme ubat yang berlaku di hati ataupun penyingkiran melalui buah pinggang. Organ-organ ini masih lagi belum matang dan anak itu mempunyai risiko yang tinggi akibat bahan kimia ubat yang digunakan. Wanita-wanita hamil juga memerlukan vitamin dan zat galian tambahan. Walau bagaimanapun, sebelum itu pemeriksaan teliti perlu dilakukan. Ini disebabkan terdapat vitamin jenis larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K dapat berkumpul di dalam badan dan mengakibatkan kesan buruk ke atas bayi yang dikandung. Wanita hamil tidak disarankan mengambil multivitamin ataupun multi-galian tanpa mendapat nasihat doktor ataupun ahli farmasi. Lagipun, pemakanan yang seimbang berupaya memenuhi ke-perluan vitamin dan zat galian ibu.

Penggunaan Aspirin ketika hamil harus dielakkan walaupun pada fasa ketiga kehamilan. Aspirin yang diambil pada dos tinggi dikaitkan dengan kelahiran bayi yang kurang berat badan dan juga mati ketika dalam kandungan. Penggunaan aspirin semasa trimester ketiga dikaitkan dengan pendarahan yang berlebihan semasa melahirkan anak. Lagipun, aspirin dapat mengganggu pernafasan dan fungsi jantung anak yang baru lahir.

Kopi, teh, coklat dan beberapa minuman perasa kola mengan-dungi kafein. Kopi mempunyai kandungan kafein yang tinggi dibandingkan dengan minuman lain. Walau pun tidak terdapat sebarang bukti dan kaitan mengenai kesan minuman kopi dengan kecacatan janin manusia, namun ia memberi kesan pada janin haiwan. Mengurangkan meminum kopi kepada hanya empat cawan kopi sehari sahaja iaitu kurang daripada 600mg kafein adalah dibenarkan.

Bahan-bahan semburan seperti insektisid ataupun dalam bentuk gas, khususnya mereka yang bekerja di tempat di mana terdapat banyak gas seperti di kilang dapat menyebabkan kecacatan bayi. Bahan-bahan pengawet makanan juga dikenal pasti dapat memberi kesan yang sama. Sesetengah daripada bahan-bahan pengawet makanan ini mempunyai kesan tidak baik pada pembentukan jasad bayi di peringkat awal. Oleh itu, wanita yang sedang hamil di peringkat awal digalakkan memakan makanan yang segar yang tidak mengandungi bahan pengawet.

Sinar-X Sama ada kita sedar ataupun tidak, tubuh kita sering terdedah kepada radiasi daripada matahari, batu, pasir dan sebagainya. Amat menakutkan jika kita terdedah dengan dos radiasi yang tinggi dan dos ini membahayakan janin sebelum dilahirkan. Pendedahan kepada radiasi yang berlebihan sememangnya mem-bahayakan. Begitu juga dengan dos radiasi yang sedikit tetapi pendedahannya berlarutan, juga membahayakan. Sinar-X yang dianggap sebagai kaedah terpenting perubatan adalah bahaya kepada janin sebelum dilahirkan. Sekiranya seseorang ibu yang mengandung hendak melakukan Ujian Sinar-X terutama Sinar-X yang kuat bagi mengesan penyakit di dalam perut, penyakit buah pinggang dan sebagainya, mereka hendaklah berbincang terlebih dahulu dengan doktor pakar Sinar-X. Tarikh haid yang terakhir harus diberitahu kepada doktor. Ini kerana persenyawaan benih biasanya berlaku di pertengahan pusingan haid, iaitu pada hari yang ke-14 selepas hari pertama haid. Jika Sinar X dilakukan selepas hari ke-14 dan ditakdirkan kandungan berlaku, ada kemungkinan janin terdedah kepada pancaran Sinar X dan ia dapat mencacatkan bayi. Menghalakan Sinar–X jauh daripada bahagian pelvis juga adalah langkah-langkah yang wajar dilakukan. Bahagian pelvis tidak sepatutnya didedahkan kepada Sinar-X walau sedikit sekalipun. Kajian menunjukkan ibu yang terdedah kepada radiasi semasa hamil adalah dua kali ganda berkemungkinan mempunyai anak yang menghidap leukemia.

Jangkitan kuman Kuman yang menjangkiti wanita dalam peringkat awal kandungan dapat menimbulkan kecacatan. Masa tiga bulan pertama adalah masa yang terpenting pembentukan jasad dan anggota bayi. Jika terdapat unsur-unsur luar yang dapat mengganggu proses pertumbuhan janin maka kecacatan mungkin timbul. Secara amnya, penyakit berjangkit adalah disebabkan oleh pelbagai organisma halus seperti bakteria, protozoa dan virus. Berbagai-bagai jenis organisma ini berada di sekeliling kita sama ada siang ataupun malam. Organisma ini membiak dan membawa bersama penyakit. Bakteria ialah organisma yang dapat hidup di mana-mana. Kuman inilah yang menyebabkan batuk kering, jangkitan streptococcus dan staphylococcus, demam skarlet atau demam merah, demam kepialu, sifilis, gonorea dan apendisitis. Protozoa juga sel organisma yang dapat menyebabkan penyakit pada tubuh manusia. Penyakit yang bahaya adalah seperti malaria dan toxoplasmosis. Virus pula berbeza daripada bakteria. Ia memerlukan tisu hidup untuk membiak. Virus menyebabkan penyakit dengan memasuki sel dan apabila terlekat pada sel, ia menyebabkan gangguan. Antara penyakit yang dikaitkan virus ini adalah campak, beguk dan rubela. Kuman sifilis amat membahayakan bayi. Kuman sifilis boleh aktif dalam darah tanpa menimbulkan tanda pada badan. Apabila seseorang wanita mengandung, maka kuman sifilis dalam darah dapat menjangkiti janin dan merosakkannya menyebabkan janin itu gugur ataupun mati dalam kandungan ataupun lahir cacat.

Pemakanan Kekurangan makanan yang sangat teruk sehingga menyebabkan kebuluran dapat menjejaskan pertumbuhan bayi. Ibu hamil mungkin rasa sihat dan kelihatan sihat tetapi jika pemakanannya berkurangan sedangkan kandungan sedang membesar, janin tetap mengalami masalah kekurangan zat protein. Satu-satunya khidmat ibu yang hamil untuk anak di dalam kandungan adalah menyediakan pemakanan yang baik.

Dadah dan arak Walaupun penagihan dadah di kalangan ibu jarang berlaku namun jika ini berlaku di kalangan wanita yang sedang hamil dan dadah yang digunakan berbahaya seperti morfin, kokain dan sebagainya, ada kemungkinan perkembangan janin boleh terganggu dan salah satu daripada masalah adalah kecacatan janin. Tabiat merokok juga dapat menyebabkan kecacatan bayi. Asap tembakau yang mengandungi nikotina menyerap ke dalam darah ibu melalui mukus membran di dalam mulut dan tekak dan juga paru-paru. Di samping itu terdapat juga nikotina daripada asap tembakau bertindak pada sel-sel saraf dan pusat pernafasan. Walaupun tidak ada laporan yang menunjukkan nikotina yang terkandung dalam rokok ataupun alkohol dalam arak dapat menyebabkan kecacatan, tetapi ia dapat mengganggu kehamilan serta menjejaskan perkem-bangan bayi dalam bentuk yang berlainan. Nikotina kemungkinan dapat menyebabkan kerencatan pertumbuhan ataupun gangguan pertumbuhan otak bayi.

Cubaan menggugurkan anak Amalan menggugurkan kandungan sangat meluas berlaku. Ada kalanya ibu berkenaan menggunakan pelbagai cara antara dengan memakan tapai, nanas muda, jamu, akar-akar kayu, ubat singse dan seterusnya memakan pil hormon daripada doktor ataupun men-dapat suntikan daripada doktor. Ini kerana mereka percaya cara-cara itu dapat memaksa haid keluar ataupun menggugurkan kandungan. Ramai juga yang gagal memaksa haidnya keluar dan kehamilan berkembang terus tanpa disedari. Percubaan itu mungkin merosakkan pertumbuhan janin serta menyebabkan kecacatan pada anggota janin ataupun lainnya. Perbuatan seperti ini adalah dianggap sebagai penganiayaan pada janin. Tindakan menggugurkan bayi adalah salah baik di sisi undang-undang mahupun agama. Bagi mereka yang belum bersedia ataupun tidak mahu mengandung, lebih baik menggunakan cara dan kaedah merancang keluarga daripada menyeksa ataupun menganiaya janin.

Umur ibu Ibu yang berusia 35 tahun ke atas berkemungkinan mempunyai kesihatan yang kurang baik dan mula menunjukkan tanda-tanda kesihatan yang dikhuatiri. Walau bagaimanapun, mereka boleh mengandung dan tidak perlu bimbang masalah yang berkaitan dengan kehamilan ataupun kemungkinan kecacatan bayi dengan syarat mereka berada di bawah jagaan doktor pakar. Kejadian bayi cacat, Sindrom Down misalnya hanya meningkat selepas ibu itu berumur 45 tahun di mana kadarnya lebih kurang satu ataupun dua dalam 100 kelahiran. Bagi ibu yang berumur 40 tahun ke atas, risiko melahirkan bayi Sindrom Down adalah satu dalam 200 kelahiran.Tegasnya, kadar bayi cacat, khususnya bayi Sindrom Down di kalangan ibu-ibu yang berumur 40 tahun ke atas tidak begitu menggemparkan. Walau bagaimanapun, sebaiknya ibu-ibu yang ingin melahirkan anak pada umur itu, perlu menjalani ujian biopsi korion dan seterusnya analisis kromosom ketika umur kandungan dua bulan, bagi mengesan kecacatan Sindrom Down. Umur yang paling sesuai untuk mengandung adalah pada usia 23 hingga 29 tahun. Mereka mempunyai peluang yang lebih besar memiliki anak sihat dan normal. Ibu yang berumur antara 17 hingga 23 tahun dikhuatiri akan mengalami anak lahir prematur ataupun mati dalam kandungan, ataupun pertumbuhannya tidak sempurna. Ini kerana sistem pembiakan mereka belum matang iaitu masih di peringkat nubility iaitu masa apabila telur mula dikeluarkan dari kilang dan bersedia disenyawakan. Pada masa ini sistem hormon endokrin bekerja keras melengkapkan semua fungsi organ. Di akhir peringkat ini, barulah kilang pituitari mengeluarkan hormon yang digelar prolaktin. Hormon ini menyebabkan ovari mengeluarkan hormon progesterone yang menyediakan rahim untuk kehamilan. Apabila ini berlaku, sistem pembiakan sudah matang. Kekurangan oksigen Bayi dalam kandungan mendapatkan oksigen melalui uri. Melalui uri ini, oksigen masuk ke tubuh bayi melalui pusatnya. Oksigen ini dibawa ke jantung dan dari sana ia dipamkan ke seluruh tubuh, ke tisu yang sedang bercambah dan terbina bagi membolehkan percambahan terus berlaku. Dengan oksigen yang mencukupi dalam aliran darah bayi yang dikandung, anak itu membesar mengikut ketetapan tertentu. Kesan kekurangan oksigen atau anoxia yang paling serius kepada anak adalah kerosakan otak. Sebarang kerosakan otak adalah serius, kerana ia berlaku dengan cepat dan kesannya berkekalan. Sel otak lebih mudah rosak berbanding sel-sel lain di dalam tubuh. Apabila sel ini rosak, ia tidak dapat tumbuh semula seperti sel kulit apabila luka.

Tidak ada proses penyembuhan pada sel otak. Lagipun otak mengawal pergerakan manusia dan apabila sebahagian otak itu rosak maka bahagian yang dikawal turut rosak. Cerebral palsi berlaku apabila bahagian otak yang mengawal otot-otot dan koordinasinya rosak. Epilepsi berlaku kerana sistem saraf rosak. Kecacatan mental adalah tanda sesuatu sudah mengganggu perkembangan sempurna pada alatan berfikir. Sesetengah daripada penyakit otak adalah kerana kerosakan pada bahagian otak yang berkenaan. Bukan semua keadaan ini berlaku kerana kekurangan bekalan oksigen. Sekalipun langkah-langkah diambil bagi mengurangkan kes-kes kekurangan bekalan oksigen, kes-kes cerebral palsi, epilepsi dan kecacatan mental tetap berlaku kerana sebab-sebab lain.

Kenan Kecacatan tidak boleh dikaitkan dengan kenan. Jika ada ibu bapa yang menganggap anaknya cacat kerana kenan atau sebagainya itu tidak benar. Seperti yang dijelaskan, kecacatan anak hanya disebabkan oleh semua perkara di atas terutama baka. Kemalangan Kemalangan melibatkan kepala dapat menjejaskan fungsi otak seseorang.

Penyesuaian Perlu diingat apabila membincangkan mengenai bantuan yang ingin diberikan kepada kanak-kanak istimewa ini, ia merujuk kepada semua aktiviti yang dilakukan yang memerlukan mereka belajar. Aktiviti tersebut merangkumi perkara seharian seperti usaha seorang pelajar meningkatkan kemahiran pembacaannya serta kemahiran bermatematik. Ia merujuk juga kepada cara membuat kerja-kerja rumah yamg diberikan oleh guru dengan lebih efisien. Ia juga merujuk kepada bagaimana guru-guru meningkatkan kebolehannya sebagai guru. Ia juga merujuk kepada ibu bapa yang cuba meningkatkan usaha memberi sokongan, penjagaan kesihatan dan sebagainya yang berkaitan dengan anak mereka. Rancangan sekolah selalu dibuat berdasarkan kepada murid yang sederhana dan cerdik. Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran seolah-olah dipaksa menghadapi kegagalan serta kekecewaan dan akan berdepan dengan kesukaran mengembangkan psikoemosi yang emosi.

Dalam situasi sekolah seperti ini, kanak-kanak merasakan dia akan gagal dalam hidup, cita-citanya tidak diendahkan, terbantut atau dimusnahkan. Dia juga mungkin percaya dia diarah supaya percaya dia tidak akan berjaya. Bagi membantu seseorang itu belajar, sebagai guru mereka perlu tahu pelajar itu sendiri, sifat, keperluan serta latar belakangnya. Mereka perlu mempertimbangkan bagaimana membantu pelajar menangani situasi yang dihadapinya, merangsangnya supaya terus belajar, mempermudahkan proses pem-belajarannya dan menyediakan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak ini mengamalkan apa yang dipelajari.

Ada antara kanak-kanak ini boleh berjaya di sekolah dan dalam hidup jika minat mereka dirangsang dan mereka diberikan peluang. Mereka boleh dipimpin supaya menguasai banyak perkara abstrak yang mudah. Perbendaharaan kata yang mudah harus digunakan, bahan bacaan mesti ditulis berkaitan kepentingan hidup, serta pengajaran am dan kadar pembelajaran mestilah dilambatkan. Dengan itu barulah mereka boleh menerima faedah yang banyak dan menjadi pelajar yang berjaya. Sebahagian daripada kegagalan mereka yang bermasalah pembelajaran dikaitkan oleh segolongan pendidik tidak berwibawa yang menempatkan kanak-kanak ini ke dalam situasi di mana mereka tidak boleh berjaya dan kemudiannya tidak membuat sesuatu bagi menolong penyesuaian mereka.

Kanak-kanak ini memerlukan semua bantuan psikologi yang boleh diberikan kepada mereka. Penulis pernah melawat sebuah kelas bermasalah pembelajaran yang menggunakan sebuah bilik darjah yang biasanya diberi nama 4B. Walau pun peringkat akademik ahli-ahli dalam kumpulan ini bukan seperti kanak-kanak darjah empat, tetapi oleh kerana umur mereka dimasukkan ke darjah ini. Pada hari itu, nama darjah mereka diubah kepada 2B. Kanak-kanak ini membantah kerana mereka sangat bangga berada dalam darjah 4B. Mereka berasa marah kerana kehilangan martabat di kalangan rakan-rakan sekolah akibat pertukaran tersebut.

Penetapan status darjah berdasarkan pencapaian adalah hak bagi kumpulan ini. Mereka patut diberi sesuatu yang positif dan merangsangkan oleh pihak sekolah. Mereka berhak mendapat status yang sepatutnya yang akan mengembangkan sikap ke arah pencapaian yang lebih membanggakan. Meletakkan tanda 4B, mereka seolah-olah sudah mencapai suatu corak hidup pelajar yang memuaskan.Walau pun kanak-kanak ini mempunyai kecerdasan antara 55 hingga 70, namun mereka boleh bergerak balas kepada teknik yang sudah diubah suai dalam latihan yang baik penyusunannya serta yang mempunyai kakitangan yang bijak.

Kumpulan yang rendah hanya boleh bergerak balas kepada rangsangan bagi keperluan asasnya untuk hidup. Kebiasaannya, ibu bapa mempunyai pengaruh yang besar pada tingkah laku emosi anak-anak. Ada antara ibu bapa sentiasa memaksa anak-anak mereka dari sejak lahir hinggalah seterusnya. Sebenarnya masih terlalu ramai ibu bapa yang tidak boleh menerima hakikat bahawa dalam masa tahun-tahun awal seorang kanak-kanak, ia mungkin tidak berjaya dalam kerja sekolahnya ataupun menunjukkan kecerdasan otak dalam perhubungan di rumah atau di tempat-tempat lain.

Ibu bapa kerap kali percaya kerencatan itu adalah disebabkan oleh perkembangan yang lambat dan akhirnya akan dapat diperbetulkan. Selepas kanak-kanak mencapai umur belasan tahun, ibu bapanya tidak lagi boleh menyalahkan proses perkembangan sebagai penyebab kerencatan. Selepas itu, dengan tidak mengira bagaimana hampanya perasaan ibu bapa, kanak-kanak ini menjadi korban sikap ini terhadapnya.

Bimbingan Kefahaman mengenai kanak-kanak adalah asas kepada sebarang pertolongan atau bimbingan yang mungkin diberikan kepada mereka. Kanak-kanak ini sedang maju ke hadapan dan perlu mempunyai jalan yang disediakan untuknya. Dia mesti dapat memahami nilainya dan mengenal pasti rintangan-rintangan serta potensinya. Justeru, semua pihak hendaklah bertanggungjawab membantu kanak-kanak ini menuju ke sesuatu matlamat yang ingin dicapai.

Bimbingan ialah sebarang bentuk bantuan atau pertolongan yang direka bentuk dengan betul bagi membantu kanak-kanak ini menyesuaikan diri dengan persekitannya. Sudah menjadi tugas ibu bapa dan guru menyelesaikan masalah pembelajaran mereka ini. Antara keadaan yang merungsingkan kanak-kanak ini adalah kegiatan masa lapang, sikap terhadap orang lain, sikap orang lain kepada mereka, peringkat rasa selamat serta darjah kejayaan di sekolah.

Penutup

Proses pembelajaran adalah suatu aktiviti yang kompleks kerana banyak perkara sebenarnya berlaku serentak pada masa yang sama. Sewaktu sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran dikendalikan, terlalu banyak perkara yang perlu diberi perhatian oleh kanak-kanak bagi memastikan mereka menguasai apa yang diajar guru. Proses tindan-tindih begini tidak dapat dilakukan secara maksimum oleh sistem neurologi seperti yang diharapkan.

Walau bagaimanapun, pembelajaran boleh dimudahkan dengan wujudnya keadaan seperti berikut:

Terdapat objektif yang jelas dan berpotensi dicapai. Pelajar mempunyai motivasi untuk belajar. Pelajar disediakan dengan tugasan pembelajaran yang sesuai yang memberi mereka peluang mengamalkan tingkah laku yang diperlukan. Apabila pembelajaran berlaku, pelajar mendapat peluang mengamalkan tugas yang lebih sukar yang mendorongnya supaya belajar lebih lanjut. Pelajar diberitahu mengenai kemajuannya dan dibantu supaya mencapai objektif yang dimahukan.

Terdapat peluang belajar mengamalkan tingkah laku yang diperlukan di tempat di mana dia boleh menggunakannya. Apabila pelajar mengamalkan tingkah laku yang diperlukan di tempat di mana dia boleh menggunakannya, pelajar diberi maklum balas mengenai kemajuan pembelajarannya.

– dipetik daripada laman web http://www.pts.com.my, hasil tulisan Mohd Sharani Ahmad-

Koleksi Modul LINUS – Literasi dan Numerasi

P1070936

1. Salam Satu Malaysia. Mungkin ramai di kalangan guru pemulihan dan juga guru LINUS yang tidak mengetahui, bahawa pihak kementerian telah pun mengeluarkan modul-modul yang lengkap bagi Program LINUS ini, bermula dari tahun 1 hinggalah tahun 2, siap berserta dengan modul panduan guru sekali.

2. Berikut merupakan senarai modul LINUS yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian sebagai panduan kita bersama :

  • Literasi Asas 1 (tahun 1) – Buku 1 dan Buku 2

P1070937

  • Literasi Asas 2 (tahun 2) – Buku 1 dan Buku 2

P1070938

  • Literasi Asas 3 ( tahun 3) – 1 buku sahaja

P1070939

  • Numerasi Asas 1 (tahun 1) – Buku 1 dan Buku 2
  • Numerasi Asas 2 (tahun 2) – Buku 1 dan Buku
  • Numerasi Asas 3 (tahun 3) – Buku 1 dan Buku 2

P1070936

  • Modul Guru Literasi dan Numerasi  Asas 1 hingga Asas 3 – 3 buku

P1070941

3. Pengetahuan tentang perkara ini diharap dapat membantu guru-guru LINUS dan Pemulihan sekalian dalam merancang bahan-bahan yang sesuai untuk murid-murid cikgu sekalian. Selamat memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi murid LINUS tahun 2013.