Ujian Diagnostik BM Pemulihan

08012013136

09012013137

1. Salam Satu Malaysia. Alhamdulillah, selesai juga akhirnya Ujian Diagnostik BM kepada calon-calon murid pemulihan tahun 2. Walaupun tersengguk-sengguk juga, nak habiskan ujian diagnostik ni, saya gagahkan juga untuk mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid yang akan mengikuti kelas pemulihan saya pada tahun ini.

2. Kalau ikut taqwim, saya ada masa sebulan untuk selesaikan Ujian Saringan dan Ujian Diagnostik Pemulihan ini. Tapi disebabkan banyak lagi tugas lain yang bakal menanti, saya mengambil keputusan untuk menyiapkan segera ujian-ujian ini.

3. Seramai 17 orang murid yang telah mengambil Ujian Saringan tempoh hari, telah dipanggil semula untuk Ujian Diagnostik ini. Instrument yang saya gunakan untuk mendiagnos daerah kelemahan murid ialah dari Cikgu Haidi Bin Sarponen melalui blognya, cikguhaidi.wordpress.com. Terima kasih kepada Cikgu Haidi atas sumbangan yang telah diberikan. Instrument yang digunakan banyak membantu saya dalam ujian diagnostik kali ini.

4. Instrumen ini bermula dengan kemahiran asas iaitu huruf kecil, huruf besar, huruf vokal , sehinggalah kepada kemahiran aras tinggi iaitu bercerita mengenai gambar menggunakan ayat tunggal. Ada pelbagai jenis kelemahan yang dikenal pasti dalam ujian ini. Ada murid yang boleh menyebut, tetapi tidak mahir menulis. Ada murid yang boleh mengeja, tapi tidak boleh membatang suku kata. Ada murid yang boleh mengeja hampir keseluruhan suku kata, tetapi tidak mampu membaca ayat-ayat mudah yang diberikan.

5. Berikut adalah senarai nama murid yang siap untuk mengikuti kelas pemulihan pada sesi 2013 ini :

Kumpulan A (Kemahiran : Mula dengan Unit 3 – kvk)                                                     

1. Mohd Khalish – 2 Cemerlang

2. Darwish – 2 Cemerlang

3. Damia Adriana – 2 Cemerlang

4. Mohd Uzair – 2 Bestari

5. Nur Aliah Amirah – 2 Cemerlang (LINUS)

Kumpulan B ( Kemahiran : Mula dengan Unit 2 –  kv dan vkv)

1. Mohd Zull Hisham – 2 Bestari

2. Idlan Hakimi – 2 Cemerlang (LINUS)

3. Mohd Daniel Yusof – 2 Amanah (LINUS)

4. Mohd Mirza Iskandar – 2 Cemerlang (LINUS)

5. Aiman Haziq – 2 Cemerlang (LINUS)

6. Mohd Firdauz – 2 Bestari (LINUS)

Kumpulan C (Kemahiran : Mula dengan Unit 1 – vokal dan suku kata kv)

1. Amira Azlina – 2 Cemerlang (LINUS)

2. Syazani Uzair – 2 Cemerlang (LINUS)

3. Adam Mukhritz – 2 Amanah (LINUS)

4. Harvind – 2 Amanah (LINUS)

Kumpulan D (Kemahiran : Mula dengan Unit 7 – kvkk, diftong, diagraf)

1. Ahmad Adam Sharf – 2 Bestari

2. Aiman Haqim – 2 Bestari

 

Mudah-mudahan program pemulihan pada tahun 2013 ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Insyaallah.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s